Sabtu, 8 Disember 2012

RM15 juta demi Micheal Jackson

Dicatat oleh Unknown di 7:18 PTG 0 ulasan
Hah entry untuk hari ini pasal Lady Gaga.Semua kenal bukan.Rupa rupanya lady gaga nih minat Micheal Jackson.Nak tau lagi jom baca.

PENYANYI yang terkenal dengan lagu 'Bad Romance', Lady Gaga dilihat begitu meminati Micheal Jackson sehingga dia membuat kejutan memborong barangan milik raja pop dunia itu di satu majlis lelongan baru-baru ini.

Dalam majlis itu, Gaga telah membeli sejumlah 55 barang yang mencecah ASD5 juta (RM15 juta) dan difahamkan hasil lelongan itu akan didermakan kepada badan-badan kebajikan.

Menerusi laman Twitternya, Gaga memberitahu, kesemua barangan yang dibeli akan dijaga dengan rapi untuk memperingati semangat dan cinta mendiang Micheal Jackson.
Sumber : Sini

10 Sebab remaja perempuan hisap rokok

Dicatat oleh Unknown di 5:02 PG 0 ulasan



Salam apa khabar semua.Rasanya MR.UJANG sudah lama tidak muncul dengan entry baru,sorry la sebab MR.UJANG sibuk.Entry minggu nih menarik sikit sebab mengenai remaja perempuan diluar sana yang menghisap rokok.Apa yang menyebabkan perempuan zaman sekarang berani menghisap rokok di tempat awam ye???Jom kita lihat 10 sebab kenapa remaja perempuan sudah berani menghisap rokok :


                                      

  1. Ingin menunjuk lagak dihadapan lelaki
  2. kekurangan moral/ajaran agama
  3. mengikut ajakan teman/teman lelaki
  4. selalu melihat ayah,abang atau orang awam menghisap rokok depan mata
  5. tekanan perasaan di tempat kerja/sekolah
  6. suka bersosial ditempat maksiat/syaitan
  7. dipaksa oleh ibu bapa sendiri (kes ni jarang berlaku tapi ada jugak)
  8. merasakan diri sudah bebas dan boleh memcuba apa saja
  9. mempunyai sikap ingin mencuba
  10. tidak rasa sikap malu atau pun dia mak tom (TOMBOY)

semua perkara ini tidak akan berlaku jika perempuan itu tidak mahu betul x??Rugilah siapa yang dapat bini kaki makan rokok..kehkehkeh..

p/s :kalau ada bini macam tuh korang sumbat jer semua batang rokok dalam mulut dia..kehkehkeh.

Ahad, 2 Disember 2012

Fail nak mampos..

Dicatat oleh Unknown di 8:25 PTG 0 ulasan
Salam apa khabar semua,entry MR.UJANG kali nih pasal NEWS FAIL.kadang kadang lawak pon ada.tapi di Malaysia kita jarang lihat berita yang fail.apa-apa pun jom kita layan gambar dan video yang MR.UJANG sediakan yang boley membuatkan kita seua gelak ketawa..









hahaha..FAIL..

p/s : harap semua tahan ketawa...kahkahkahkah

Selasa, 27 November 2012

Kucing cute dan comel - 7 gambar

Dicatat oleh Unknown di 10:50 PTG 0 ulasan


 Hah..rumah korang ada kucing atau korang ada kedai jual kucing..Hari ni entry MR.UJANG tentang kucing.dulu MR.UJANG ada bela kucing tapi entahlah kemana dia pegi atau dah kena langgar...sampai sekarang MR.UJANG dah x bela kucing lagi.so kepada sesiapa teringgin bela kucing tapi mak dia x bagi lepaskanlah rindu korang dekat gambar kucing yang boley dikatakan sangat cute yang dah MR.UJANG review di GOOGLE IMAGE.tq ENCIK GOOGLE..ini gambar dia..



















hah..yang terakhir ni special sikit..hah korang 
kalau x tahu memang kuno la korang.

P/S :kalau nak bela kucing jangan bagi hilang macam MR.UJANG..kikikiki..


ULTRAS MALAYA atau ULTRAS MEMALUKAN

Dicatat oleh Unknown di 7:15 PG 0 ulasan
Itu bukan ULTRAS MALAYA tetapi ULTRAS MEMALUKAN itu lah yang dapat digambarkan MR.UJANG apabila MR.UJANG dapat mengtahui tentang tindakan ULTRAS MALAYA yang menghina pihak lawan semasa perlawanan bola sepak MALAYSIA dan SINGAPURA.Yang mana Malaysia kalah teruk dengan dengan pihak lawan iaitu Singapura 0-3.


 
[[INILAH LOGO/LAMBANG ULTRAS MALAYA]]

Bukan itu sebenarnya kita nak cerita tetapi tindakan ULTRAS MALAYA yang menghina pihak lawan dengan menyamakan pihak dengan haiwan [ BUNYINYA LEBIH KURANG "SINGAPORE ITU ANJING" ] ENTAHLAH ANDA NILAIKAN SENDIRI DENGAN VIDEO INI




Sangat memalukan.itu lah yang MR.UJANG nak cakap.Pastu MR.UJANG carilah sikit kat youtube dan MR.UJANG terjumpa komen dari seorang peminat bola sepak MALAYSIA,komen nya macam nih "Lepas tengok video "Singapura anjing" hilang respect pada ultras!!! Buat Ultras; ULTRAS APA KAU DAH BUAT???????? Korang pun perlu berubah... jgn nak dok suruh org lain berubah. TOLONG KEMBALIKAN MARUAH MALAYSIA SEMULA!!!!!! Korang MALUKAN Malaysia!!!!!"

HARAP ULTRAS MALAYA DAPAT MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA KEPADA SINGAPURA (HANYA PENDAPAT DARI MR.UJANG SAHAJA) so..kesimpulannya kita harus mengawal emosi..hahaha..itu jer..

~TAMAT~

Selasa, 20 November 2012

Khalifah Terakhir

Dicatat oleh Unknown di 10:43 PTG 0 ulasan



RASA SEDIH DAN INGIN MENANGIS BILA MELIHAT GAMBAR INI..
Gambar ini adalah Gambar Khalifah terakhir kita Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Memperingati 90 tah

un sejarah hitam SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM.
KEMBALIKAN PEMERINTAHAN KHALIFAH!!!!!

Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922


            

Hari ini 3hb Mac 2012 adalah bertepatan dengan 90 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia.
Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara tepat pada pagi 3 Mac 1924.

Kamal telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.

Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.
MUSTAFA KAMAL ARTARTURK(EJEN SYAITAN)

Akhirnya impian British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa Kamal laknatullah.

Setelah jatuhnya khilafah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat.

Kini, telah 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah.

Bagaimana keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia.

Rata-rata umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan walau pun jumlah meraka kini telah melebihi seperempat daripada penduduk dunia (1.7 bilion daripada total 7 bilion).

Persoalannya : Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan Islam yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia antarabangsa pada ketika ini? 

cool..beb.

Dicatat oleh Unknown di 9:55 PTG 0 ulasan


SERIUS COOL - KANOPI PEJALAN KAKI BERBENTUK TELUR DI JERMAN (10 GAMBAR)


Nice balls Gunther!

Kanopi pejalan kaki di bawah ialah kanopi pejalan kaki terbesar di dunia. Ianya terletak di Taman Negara Hutan Bavaria di Neuschonau Jerman. Ianya sebuah kanopi pejalan kaki berbentuk telur sepanjang 500 meter dan setinggi 44 meter. Pengunjunag hanya perlu membayar Euro 8 (RM 32) untuk menikmati pemandangan yang menarik dari walkway yang unik ini.




Laporan asal http://blogserius.blogspot.com/2012/11/serius-cool-kanopi-pejalan-kaki.html

Isnin, 19 November 2012

GOOD MORNINGGG

Dicatat oleh Unknown di 5:59 PTG 0 ulasan


Apa macam pagi nih ngantuk lagi ker apa.ke baru balik dari jogging..hahaha..jom layan video nih dulu

P/S : bagi yang dah tengok x payah la tengok la..kehkehkeh..

  Semoga pagi nih memberi lebih makna kepada kita.

Ahad, 18 November 2012

KENAPA BARANGAN MCD PERLU DI BOIKOT

Dicatat oleh Unknown di 4:32 PG 0 ulasan


KENAPA BARANGAN MCD PERLU DI BOIKOT


Sebelum kita start aku nak semua JEMAAH ISLAM MALAYSIA SUAPAYA MEMBOIKOT BARANGAN ISRAEl kita start MCD dulu.Bagi aku MCD perlu diboikot kerana MCD dikatakan masih membayar cukai kepada ISRAEL sebanyak 0.03%..BANYAK TUH..TETAPI kenapa kita masih pergi makan MCD..Orang kita nih depan cakap BOIKOT MCD tapi belakang hmm..makan jer sekali-sekala..JANGAN lah kita berperangai bergitu..bila kita suruh boikot,boikot ajer..kita harus JATUHkan EKONOMI ISRAEL..


APA LAGI BANG..

kalau kita asyik buat demo ajer..Negara haram ISRAEL x takut..TAPI kalau kita boikot barangan ISRAEL memang ketar lutut la diorang takut ekonomi diorang jatuh..Bukan MCD jer kita kena boikot tapi barangan ISRAEL yang lain..kalau x tahu tengok LIST kat bawah..



  1. KFC
  2. Arbys
  3. McDonalds
  4. McBurger
  5. Pizza Hut
  6. Chilies
  7. Hardees
  8. Paridies
  9. Pizza Little Sitzer
  10. Jack in the Box
  11. A&W
  12. Kantez
  13. Baskin Robbins
  14. Wimpy
  15. Dominos Pizza
  16. Texas
  17. Slizer


SEBELUM BERAKHIR ADMIN NAK HIDANGKAN SEBUAH VIDEO..VIDEO INI ADALAH VIDEO PEMBOIKOT BARANGAN ISRAEL DI LUAR NEGARA..





SELAMAT MEMBOIKOT BARANGAN ISRAEL/AMERIKA

Rabu, 31 Oktober 2012

Dicatat oleh Unknown di 1:16 PG 0 ulasan
RABU,                                                                                                                                                 31/10/2012                                                                                                                                                     Assalamualaikum,saudara-saudari                                                                                                                                                                             Hari ni hari pertama aku tulis kat blog nih..harap blog nih dapat memberi info yang lebih banyak antara dunia dan di akhirat..Hari ni mungkin aku x kan tulis banyak dan setakat ni saja la untuk kali pertama ini
   
                         

Bye....
 

MR.UJANG Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos